Wednesday 20 January 2016

Filled Under:

RESEPI ROTI JALA YANG LEMAK LEMBUT


RESEPI ROTI JALA
================
Bahan bahan:

++3 cawan tepung gandum
++2 1/2 sudu besar minyak masak
++1 sudu kecil garam
++1 biji telur
++3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
++Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

*Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

*Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

*Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.





0 comments:

Post a Comment